mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN (Q2 2019) – Zubaidah Binti Hussin

 

Nama : Zubaidah Binti Hussin
Umur : 32
Ahli : 2018

Latar Belakang

Pada mulanya, Cik Zubaidah hanya ingin menambah pendapatan sampingan dengan menjual pelbagai jenis lipstick kepada rakan-rakan ditempat kerjanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas di PI, perniagaan beliau hanyalah diketahui oleh rakan dan saudara mara sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli PI dan mengikuti Kelas Asas Usahawan serta latihan asas perisian komputer di Pusat Internet  Kg. Mahligai, beliau berjaya menggunakan platform yang terkini iaitu media sosial untuk memudahkan mempromosikan barangan beliau.