Pusat Ekonomi Digital Mahligai atau dikenali ramai oleh penduduk setempat sebagai PEDI Mahligai. Pusat Ekonomi Digital Mahligai ditubuhkan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). PEDI ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad ™ di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Pusat Ekonomi Digital Mahligai ini merupakan Pusat Ekonomi Digital Fasa ke 5 yang dikenali sebagai CBL ENHANCEMENT.
Pusat Ekonomi Digital Mahligai ini telah di buka secara rasmi kepada pengguna pada 7 Oktober tahun 2014 di Kampung Mahligai dan ia telah dirasmikan pada 12 Mei 2015 oleh Yang berbahagia Encik Roslan bin Abdul Rahman selaku Ketua Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Bachok.
PEDI ini mula beroperasi pada setiap hari kecuali cuti umum yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan dibuka kepada pengguna bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang setiap hari bermula pada hari isnin hingga ahad. PEDI ini menyediakan perkhidmatan kepada pengguna seperti capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan scan, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus yang terlatih. Dan paling terkini pada tahun ini 2015, PEDI juga menyediakan perkhidmatan dengan 120 netbook kepada pengguna.
