Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.
Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi.
Dengan itu putuslah sejarah “kerajaan mahligai” dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).
Mengikut cerita Penggawa Daerah Mahligai, Kampung Mahligai mendapat nama disebabkan oleh Mahligai atau Istana lama yang dipercayai Istana Puteri Saadong. Namun begitu, kawasan Mahligai atau Istana tersebut telah hilang dan Klinik Kesihatan Mahligai telah dibina di atas tapak tersebut. Begitulah cerita dimana Kampung Mahligai ini diberi nama.
|
Jawatan |
Nama |
|
Ahli Parlimen |
YB Tuan Haji Mohd Syahir Bin Che Sulaiman |
|
ADUN Kawasan |
Zameri Bin Mat Nawang |
|
Pegawai Daerah |
Haji Azi Rahimee Bin Haji Mohamed |
|
Penghulu/Penggawa |
Ahmad Syameer Ikmal Bin Zamri |
|
Ketua Kampung |
Mukhtar Bin Muhammad |
|
Imam/Ketua Agama |
Suhaimi Bin Salleh |
|
Pengerusi JKKK |
Zakaria Bin Hamid |
Jadual 2.0: Senarai Jawatan