mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan

guest house 2

Tempat-tempat pelancongan yang berada di dalam Daerah Bachok, ialah Pantai Irama, Pantai Melawi dan Pantai Kemayang.  Pantai Irama terkenal sebagai pusat pelancongan pantai yang utama dan terkenal di daerah Bachok.  Pantainya berpasir dan landai sesuai untuk aktiviti berkelah, riadah, mandi laut, sukan air dan memancing.  Pantai Kemayang pula terletak di dalam Mukim Kemasin, Daerah Tawang juga merupakan satu kawasan yang sering dikunjungi ramai.  Pantai Melawi juga merupakana pantai yang cantik dan terkenal seperti Pantai Irama dan Pantai Kemayang.

Di dalam Daerah Mahligai pula, Kampung Mahligai mempunyai tempat penginapan seperti ‘homestay’ dan rumah tumpangan untuk kemudahan pengunjung dari luar yang ingin merasai suasana kampung. Tempat persinggahan ini juga memberi kemudahan kepada pengunjung yang datang melawat sanak saudara, rombongan kenduri kahwin, dan sebagainya.  Dengan adanya tempat penginapan ini, pengunjung boleh menginap untuk menjalankan aktiviti melancong dengan selesa.

 

 

Gambar 1 : Sign Board Homestay

 

guest house 1                   

                   Gambar 2 : Halaman Homestay