mcmc
Makanan

Makanan Popular Sekitar Mahligai

Mee Celup

Mee celup semakin popular sejak kebelakangan ini. Ia tidak asing lagi dikalangan penduduk negeri Kelantan. Pengunjung dari luar Kelantan yang datang berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang juga pasti akan mencari-cari mee celup.

Sajian mee celup begitu popular di sekitar negeri Kelantan. Ianya tidak sama dengan mee atau mihun sup utara. Cara penyediannya begitu mudah yang mana hanya kuah yang paling penting dalam menghasilkan mee celup yang sedap.

Mee celup biasanya digemari oleh setiap lapisan umur kerana harganya yang murah dan berpatutan. Mee celup juga kebiasaannya dinikmati sebagai makan petang. Selain itu, pilihan lauk yang menjadi pilihan untuk dimakan bersama mee celup ialah ayam, daging lembu, perut lembu dan juga telur.

Gerai dan kedai mee celup viral yang terdapat di sekitar Mahligai antaranya adalah Mee Celup Golok (Kuyie) dan Warung Raysha.

 

 

Bingsu

Bingsu atau bingsoo adalah makanan ringan / pencuci mulut yang sangat popular di Asia Timur terutama semasa musim panas. Makanan ringan ini terdiri daripada ramuan ais dan pelbagai bahan seperti susu pekat manis, sirup buah, pelbagai buah seperti strawberi, kiwi, dan pisang, kepingan kecil tteok (kek beras), bit jeli yang kenyal, dan serpihan bijirin. Ia sering dihiasi dengan aiskrim atau yogurt beku – Wikipedia

Rumah Buah adalah sebuah kedai berasaskan Dessert Shop terletak di bandar Ketereh. Sesuai dengan namanya, Rumah Buah menyediakan pelbagai jenis bingsu berasaskan buah-buahan. Antaranya ialah buah strawberi, mangga, anggur dan kiwi. Selain itu, Rumah Buah juga menyediakan menu lain seperti smoothie buah-buahan dan western food. Rumah buah dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan beroperasi bermula dari pukul 2 petang hingga 10 malam.