mcmc
Makanan

Makanan

Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan unik dan lazat yang boleh kita cuba. Salah satunya adalah di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Orang kelahiran Kelantan mungkin sudah biasa dengan makanan-makanan tradisional di Kelantan, namun pada mereka yang bukan anak jati Kelantan, rugi sekiranya berkunjung ke sana, tetapi tidak cuba merasai keunikan dan keenakan makanan mereka. Antaranya ialah akok, nasi kerabu, kuih lompat tikam, kuih tahi itik, kuih jala mas, kuih buah tanjong, ayam percik kelantan, nasi kak wok, budu, laksa dan laksam kelantan. Jika di Kampung Mahligai, makanan tradisional yang terkenal di Kampung Mahligai ialah :-

1. Akok – merupakan kuih tradisional yang popular di Negeri Kelantan. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu akok berbentuk bujur, bulat, ada juga akok yang mengikut acuan bahulu dan akok bunga yang dikenali juga sebagai akok kemboja.

2. Kuih beko – merupakan kuih bakar yang dihasilkan daripada kelapa muda. 

3. Nasi kerabu – merupakan sejenis nasi ulam dimana nasinya berwarna biru dan dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, jeruk dan sayur ulam yang lain. Warna biru nasi itu terhasil daripada kelopak bunga kembang telang yang digunakan dalam masakan itu.

4. Laksa dan laksam Kelantan – amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi di Negeri Kelantan. Ia dimakan bersama kuah ikan bersantan pekat. Lebih enak dimakan dengan ulam-ulaman dan sambal belacan