Laporan Aktiviti Oktober 2017
Antara kelas-kelas yang dijalankan sepanjang bulan Oktober 2017 ialah:
Kelas membuat animasi menggunakan Microsoft Powerpoint 2010, Kelas membuat kad Deepavali sempena Hari Deepavali, Kelas Microsoft Excel, Kelas membuat resume, Kahoot dan sebagainya. Setiap kelas dibuat adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada setiap peserta/pelajar bagaimana hendak menggunakan komputer, menggunakan internet untuk mencari bahan-bahan belajar, menggunakan perisian (software) yang ada pada komputer dengan betul.
