mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan 2018

Kisah Kejayaan PI Mahligai Q1 Jan – March 2018

Celik IT:

1. Mengikuti kelas asas penggunaan Microsoft Office, E-dagang,Pembelian di atas talian dan Kelas Keusahawanan.

Nama :   Nor Suhada Binti Mustafa 
Umur :  21 Tahun
Ahli :  2015

 

Latar belakang: 

Nor Suhada adalah ahli Pusat Internet 1Malaysia Kg Mahligai sejak Mac 2015.Selepas menjadi ahli Pi1m, Nor Suhada selalu menghadirkan diri untuk mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet Kg Mahligai.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan Pusat Internet :

Sebelum penggunaan ICT beliau tidak pernah tahu tentang penggunaan ICT dan penggunaan internet untuk kegunaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet:

Sebagai pengenalan, beliau didedahkan oleh petugas untuk menggunakan asas Microsoft Word iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point. Beliau juga menyertai kelas keusahawanan iaitu untuk membuat resume dan sebagainya.

 

Usahawan 1:

3. Menjadi agen untuk beberapa produk seperti agen jualan penapis air cuckko, sspni,simpanan, minyak herba asmak mujarab serta menjadi agen beberapa produk lain juga.

Nama :   Mohamad Nor Azuan bin Azbi
Umur :  34 Tahun
Ahli :  2016

 

Latar belakang: 

En Azuan merupakan staf Perpustakaan Desa Kg Permatang Piah. Disamping itu beliau juga menjalankan bisnes online iaitu menjadi agen untuk beberapa produk sebagai kerja sampingan

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan Pusat Internet :

Sebelum beliau melibatkan diri dalam kegiatan dan aktiviti yang diadakan di PI Kg Mahligai, pengetahuan tentang ICT sangat terhad dan tidak mahir untuk menggunkan komputer serta tidak mahir menggunakan kemudahan internet dan media sosial seperti email,facebook dan lain-lain lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet:

Selepas penglibatan di Pi1m Kg Mahligai beliau sudah mahir menggunakan perisian komputer seperti menggunakan Microsoft Office. Selain itu beliau juga diberi pendedahan tentang asas latihan keusahawanan seperti asas perniagaan atas talian, pemasaran talian.