mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

Terdapat beberapa jenis industri kecil yang menyumbang pendapatan kepada penduduk di Kampung Mahligai antaranya perusahaan makanan yang sangat popular di negeri Kelantan iaitu kuih akok. Selain akok, makanan tradisional lain seperti baulu dan beko turut diusahakan di sini. Di samping perusahaan makanan, terdapat beberapa penduduk yang mengusahakan perniagaan kelapa dan santan mentah secara kecil-kecilan. Perusahaan bengkel kereta dan jentera serta bengkel membaiki sofa turut menjadi sumber pendapatan penduduk di sini. Perusahaan batik milik 100% bumiputera yang  menggunakan nama penjenamaan sebagai Batik Hungga, produk Bani Amir Sdn Bhd turut berada di sini.  Selain daripada itu, ada juga keusahawanan kecil yang menjual barli madu dan sebagainya.

        

Gambar : Bani Amir Sdn Bhd adalah pengeluar

batik 100% pemilikan Bumiputera

 

Gambar : Usahawan kecil yang menjual barli madu di Kampung Mahligai