| Nama | : | Aniq Azizudin Bin Zaruddin |
| Umur | : | 10 Tahun |
| Ahli | : | September 2018 |
Latar belakang
Aniq berusia 10 Tahun dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Melor. Kediaman Aniq terletak di Quarters Klinik Kesihatan Mahligai yang hanya memerlukannya berjalan kaki sahaja memandangkan klinik tersebut bersebelahan sahaja dengan Pusat Internet Kg Mahligai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menyertai kelas, Aniq tidak mempunyai pengetahuan tentang penggunaan komputer baik perkakasan mahupun perisian komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah menyertai kelas yang diadakan di Pusat Internet, Aniq semakin mahir menggunakan komputer. Aniq sudah tahu menaip dan menjawab kuiz secara online. Selain itu, Aniq juga kini sudah boleh membantu rakan-rakan sebaya yang tidak mahir untuk menggunakan komputer.