| Nama | : | Mohd Faris Haikal Bin Che Othman |
| Umur | : | 13 Tahun |
| Ahli | : | 2015 |
Latar belakang
Faris Haikal adalah pelajar sekolah tingkatan satu. Haikal menjadi ahli semenjak Jun 2015. Sejak itu beliau selalu terlibat dengan aktiviti dan kelas yang diadakan di Pusat Internet Kg Mahligai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menyertai kelas, Haikal tidak mempunyai asas dalam menggunakan komputer. Haikal juga tidak tahu bagaimana untuk menaip dan melayari internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah menyertai kelas yang diadakan di Pusat Internet, Haikal semakin mahir menggunakan komputer. Haikal juga sudah tahu menaip dengan betul dan membuat video menggunakan perisian komputer. Selain itu, Haikal sudah memanfaatkan penggunakan internet untuk menyemak keputusan peperiksaan dan mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolahnya.
