| Tarikh | : | 5 Julai 2018 |
| Masa | : | 2.30ptg – 5.30ptg |
| Tempat | : | Pusat Internet Mahligai |
Tujuan:-
Kelas ini adalah untuk memberi pendedahan dan menambah pengetahuan pelajar mengenai fungsi Microsoft Word dalam penghasilan kerja yang lebih pantas dan sistematik dengan menggunakan format yang betul. Selain itu, melalui penguasaan yang mantap di dalam kursus ini, ia juga dapat memudahkan kawalan untuk setiap dokumen kerja yang telah dihasilkan.
Aktiviti:-
Peserta diajar cara menggunakan setiap fungsi dalam Microsoft Word dengan menaip dan membuat peta minda, memasukkan gambar, cara memasukkan hyperlink, cara membuat carta menggunakan data yang berkait dengan Microsoft Excel dan sebagainya.








