mcmc
Maklumat Setempat

Aktiviti PEDI

Aktiviti PEDI yang telah diadakan pada tarikh 11 Mei 2015 ini ialah Program Hari Bersama dimana PEDI dirasmikan oleh Yang berbahagia Encik Roslan bin Abdul Rahman selaku Ketua Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Bachok. Program Hari Bersama ini dilaksanakan untuk meraikan pembukaan PEDI Kg. Mahligai. Dengan adanya program ini, PEDI diperkenalkan kepada setiap penduduk setempat Kg.Mahligai serta kawasan yang berdekatan dengan PEDI Kg. Mahligai ini.  

Pada 30 Oktober 2015, PEDI Kg.Mahligai telah dijemput dan menyertai Program Hari Terbuka Klinik Kesihatan Mahligai. PEDI Kg.Mahligai tidak lupa juga bekerjasama dengan PEDI Gunong, Kandis dan Kemasin juga untuk program yang dianjurkan. Dengan menyertai program seperti ini, PEDI dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga penduduk Kg. Mahligai dan juga dapat memperkenalkan PEDI kepada warga penduduk yang masih tidak mengetahui lagi wujudnya Pusat Ekonomi Digital di kampung mereka. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, puzzle, teka flashcard dan sebagainya yang dibuat oleh Pusat Ekonomi Digital. Hasil daripada kerjasama setiap PEDI, aktiviti yang dibuat berjalan dengan lancar.

Pada 3 JANUARI 2016 pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan diberi tajuk untuk mencari dan mengumpul maklumat berdasarkan tajuk yang diberikan. Pelajar juga diminta untuk menyediakan ‘slides’(persembahan) menggunakan Microsoft PowerPoint 2010 yang telah dipelajari berkaitan tajuk yang telah diberikan antaranya ialah tempat menarik di Kelantan, konsep 1Malaysia, dan juga mengenai Negara-negara Asian. Program ini dijalankan bagi melihat tahap pemahaman dan penerimaan maklumat yang diberikan oleh pengajar, semangat kerjasama dan kreativiti pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

 

Pada 4 FEBRUARI 2016, Program Klik Dengan Bijak (KDB) dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg. Kemasin dan disertai dengan PEDI seluruh daerah Bachok iaitu PEDI Mahligai, Melawi, Jelawat, Kandis, Gunong, Wakaf aik, dan Beris Kubor Besar di Sekolah Kebangsaan Kubang Golok, Bachok, Kelantan. Pelajar yang terlibat ialah pelajar darjah 5 dan darjah 6. Pelajar diperkenalkan dengan kewujudan Pusat Ekonomi Digital dan diberi penerangan mengenai Kesedaran dan Keselamatan dalam menggunakan internet. Selain itu, pelajar juga ditunjukkan video-video mengenai Klik Dengan Bijak dan diberi soalan untuk dijawab. Bagi siapa yang dapat menjawab soalan, pelajar diberi cenderahati oleh Pengurus PEDI Kg. Kemasin.