Kisah Kejayaan PI Mahligai Q4 Oktober – Disember
Usahawan:
1. Perniagaan tentang tempahan kad kahwin, goodies perkahwinan dan lain-lain.
| Nama | : | Nurul Ikmanizan Binti Mat Hasim |
| Umur | : | 31 Tahun |
| Ahli | : | 2017 |
Latar belakang:
Pada mulanya, Ikmanizan seorang pelajar IPT yang baru sahaja menamatkan pengajian di institusi pengajian awam. Memandangkan pada zaman sekarang susah untuk mendapatkan pekerjaan samaada dalam sektor swasta mahupun sektor kerajaan. Beliau mendapat idea untuk membuat bisnes reka bentuk kad kahwin, penghantaran kejutan harijadi, beg goodies perkahwinan dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:
Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI, perniagaan beliau agak susah untuk mendapatkan tempahan. Di samping itu beliau juga memerlukan masa dan tenaga yang banyak bagi mempromosi produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:
Selepas mengikuti Kelas Asas Usahawan serta latihan asas perisian komputer di Pusat Internet Kg. Mahligai, beliau menemui cara baru bagi meningkatkan penjualan produk beliau tanpa menghabiskan masa dan tenaga yang banyak.
CELIK IT:
2. Mengikuti kelas Perkakasan Komputer, Perisian Komputer,Tutorial,Kuiz,Kahoot, Microsoft Office, Kelas DIY,Adobe Photoshop dan sebagainya.
| Nama | : | Ali Imran Bin Zulkipli |
| Umur | : | 9 Tahun |
| Ahli | : | 2018 |
Latar belakang
Ali Imran adalah pelajar sekolah tahun empat. Ali menjadi ahli semenjak Mei 2018. Sejak itu beliau selalu terlibat dengan aktiviti dan kelas yang Pusat Internet Kg Mahligai sediakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Pusat Internet ditubuhkan, saya sering menghabiskan masa dengan begitu sahaja dengan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah dengan kawan-kawan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas Pusat Internet dibina, saya selalu menghabiskan masa di pusat internet dengan menyertai kelas-kelas komputer yang diadakan di Pusat Internet Kg Mahligai
Secara tidak langsung, Ali mendapat pengetahuan tentang asas komputer memandangkan sekarang semuanya berdasarkan online
Kisah Kejayaan PI Mahligai Q3 Julai – September
Usahawan:
1. Perniagaan butik pakaian dan kelas tuisyen
| Nama | : | Nurul Fatrah |
| Umur | : | 28 Tahun |
| Ahli | : | 2017 |
Latar belakang:
Puan Fatrah adalah pengasas Butik Pakaian Jubah Abaya Ummi. Beliau menjalankan perniagaan beliau bersama-sama dengan suami dan kakaknnya. Puan Fatrah juga memiliki kilang sendiri untuk menjahit dan memproses koleksi abaya.Dibutik beliau juga menyediakan koleksi baju pengantin dan koleksi untuk pertunangan Selain memiliki butik pakaian, beliau juga menjalankan kelas tuisyen untuk pelajar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet:
Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet, pengikut untuk facebook page beliau kurang memberangsangkan dan hasil jualan juga sedikit.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet:
Selepas penglibatan di Pusat Internet, pengikut untuk facebook page beliau bertambah dan secara tidak langsung hasil jualan untuk butik pakaiannya juga meningkat.Untuk bahan-bahan pengajaran kelas tuisyen pula beliau mencari bahan menggunakan internet di pusat internet memandangkan kelajuan internet tinggi serta boleh terus mencetak soalan-solan tersebut.

Celik IT:
2. Mengikuti kelas Perkakasan Komputer, Perisian Komputer,Tutorial,Kuiz,Kahoot, Microsoft Office, Kelas DIY dan sebagainya.
| Nama | : | Ainur Mardhiah Bt Muhammad |
| Umur | : | 10 Tahun |
| Ahli | : | 2018 |
Latar belakang:
Ainur Mardhiah adalah pelajar sekolah tahun empat. Ainur menjadi ahli semenjak Ogos 2017. Sejak itu beliau selalu terlibat dengan aktiviti dan kelas yang Pusat Internet Kg Mahligai sediakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet:
Sebelum penglibatan dengan aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kg Mahligai, Ainur tidak mahir untuk menggunakan perkakasan komputer seperti untuk menggunakan papan kekunci, tetikus serta untuk membuat carian di google atau untuk menggunakan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet:
Selepas penggunaan ICT, Ainur didedahkan untuk menggunakan perkakasan komputer supaya senang untuk mengaplikasi ketika menggunakan komputer.Langkah yang seterusnya Ainur didedahkan kepada perisian komputer iaitu Microsoft Office, Adobe dan Paint.
Kesan daripada itu, Ainur dapat menggunakan Microsoft Office dengan baik seperti untuk membuat tugasan sekolah tanpa bantuan petugas. Selain itu, Ainur juga dapat membuat kad hari raya, dan kad kreatif hanya menggunkan Adobe Photoshop.
Ainur juga diajar cara-cara untuk menyimpan gambar yang dicari dalam carian google serta untuk menyalin gambar ke dalam Microsoft Office.
