Kisah Kejayaan PI Mahligai Q2 April – Jun
Celik IT:
1. Mengikuti kelas E-Pembelajaran, Kuiz Kahoot, Microsoft Office, Kelas DIY dan sebagainya.
| Nama | : | Cik Nur Shahfira Bt Che Amran |
| Umur | : | 12 Tahun |
| Ahli | : | 2017 |
Latar belakang:
Cik Nur Shahfira adalah pelajar sekolah tahun enam. Adik Shahfira menjadi ahli semenjak Ogos 2017. Sejak itu beliau selalu datang ke Pi1m untuk mengikuti kelas yang telah disediakan oleh PI Kg Mahligai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan ICT beliau agak kekok untuk menggunakan komputer. Selain itu beliau juga tidak tahu untuk melayari sesuatu laman web.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebagai permulaan, beliau didedahkan tentang perkakasan komputer dan fungsi perkakasan tersebut. Selepas itu beliau juga didedahkan tentang Klik Dengan Bijak supaya tidak salah guna internet.
Seterusnya, beliau didedahkan tentang Microsoft Office iaitu asas menaip, menyunting imej, membuat kotak jadual dan sebagai nya. Hasilnya, beliau boleh menaip dengan sendiri tanpa bantuan petugas dan juga boleh menyunting imej daripada carian internet.
Usahawan:
2. Menjalankan perniagaan produk kecantikan dan produk makanan
| Nama | : | Norazilawati Bt Abdul Hamid |
| Umur | : | 38 Tahun |
| Ahli | : | 2017 |
Latar belakang
Puan Nora adalah bekas staf Universiti Putra Malaysia(UPM).Selepas dia meletak jawatan daripada menjadi staf UPM, beliau memulakan bisnes online secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT di PI, pengetahuan tentang bisnes online agak terhad, begitu juga dengan penggunaan ICT. Beliau hanya mempromosikann produk beliau hanya menumpang di kedai-kedai sahaja
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas yang disediakan oleh pihak PI Kg Mahligai, beliau mahir menggunakan internet serta boleh mempromosikan produk beliau hanya melalui online. Beliau tidak perlu lagi hanya bergantung pada jualan yang ditumpangkan di kedai-kedai. Selain itu beliau juga boleh mempromosikan barangan beliau tanpa had masa dengan menggunakan platform jualan atas talian. Antara barang yang dijual adalah seperti dibawah.

