mcmc
Maklumat Am

Maklumat AM

 

Jajahan Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Jajahan Bachok terletak di Timur Laut Negeri Kelantan bersempadan di sebelah timurnya Laut China Selatan, disebelah utaranya dan di sebelah baratnya bersempadan dengan Jajahan Kota Bharu dan dengan Jajahan Pasir Puteh di sebelah selatan. Jajahan ini meliputi kawasan seluas 279.45 km persegi.    

 

Daerah Mahligai merupakan sebuah daripada 8 daerah dalam jajahan Bachok yang jaraknya lebih kurang 24km daripada pusat bandar Bachok. Daerah Mahligai bersempadan dengan daerah Gunong di sebelah timur, Daerah Ketereh di sebelah Jajahan Kota Bharu (Barat), Daerah Bukit Jawa Jajahan Pasir Puteh di sebelah selatan. Manakala Daerah Mahligai terletak lebih kurang 22 km ke arah selatan Bandar Kota Bharu melalui jalan utama Kota Bharu – Pasir Puteh

 

Bentuk muka bumi Daerah Mahligai adalah rendah dan mendatar. Ia merupakan sebuah bukit yang sederahan tinggi iaitu bukit Mak Lipah di sebelah barat daerah ini. Keadaan tanah yang rendah mendatar menjadikan Daerah Mahligai mempunyai bendang padi yang luas, sesuai untuk tanaman 2 kali setahun. Keluasan Daerah Mahligai adalah lebih kurang 19 km persegi dan mempunyai 3 mukim tanah dan 5 mukim penghulu dan 28 buah kampung. Keluasan mukim-mukim adalah sepertimana berikut:-

   Bil 

     Mukim Penghulu/ Tanah  

     Keluasan (KM) persegi 

           Perimeter      

  1.

  Alor Bakat

8

17

  2.

  Mahligai

4

13

  3.

  Pak Badol

  4.

  Serdang

7

16

  5.

  Kolam

  Jumlah

19

46

Jadual 1.0: Keluasan Mukim Daerah Mahligai

Dibawah menunjukkan kawasan Kg.Mahligai didalam peta:-

Gambar 1.0 : Peta yang menunjukkan kawasan Kampung Mahligai