mcmc
Persatuan Belia

Belia Harapan Bangsa

 

           BELIA merupakan tulang belakang bagi sesebuah negara. Belia juga merupakan harapan bangsa, agama dan negara pada masa hadapan. Belia adalah penerus perjuangan pada masa hadapan bagi apa juga yang telah diusaha dan dilaksanakan mahupun dirancang kini. Demikianlah harapan dan antara tanggungjawab seseorang yang bergelar belia. Walaupun kini kita berfikiran bahawa belia hanya seseorang yang biasa, namun walau sekecil mana pun sumbangan mereka kepada agama, bangsa dan negara itu adalah memainkan peranan dalam memaju, membangun dan mempertahankan negara pada masa hadapan.

 

           Di samping itu, dengan adanya PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI)  para belia boleh sertai bengkel dan kelas yang disediakan oleh pihak PEDI.  Antara bengkel, program atau kelas yang disediakan kepada belia dan komuniti ialah kelas Microsoft Office, program Klik Dengan Bijak(KDB), bengkel mencari kerja, bengkel UPU dan sebagainya . Tujuan kelas, bengkel atau program tersebut diadakan adalah untuk melatih para belia agar bijak menggunakan internet, komputer, celik IT dan terhindar daripada melakukan perkara-perkara negatif yang tidak sepatutnya. Dengan adanya program KDB juga, para belia diberi kesedaran dalam menggunakan internet dengan betul dan diberi penerangan mengenai akibat-akibat dan undang-undang kesalahan dalam menggunakan internet.